Anda bisa melihat ada berapa juta menu dan resep makanan dan minuman
diatas dunia itu, banyak sekali dan semakin hari semakin bertambah ragam
dan variasinya, padahal mungkin nalar logis anda bisa berkata bahwa
"makanan/minuman hanyalah makanan dan minuman, fungsinya hanya
memberikan rasa di lidah dan mengenyangkan perut, dan setelahnya
dikeluarkan lagi menajdi zat yang ITU" .
Begitu juga
halnya dengan yang dinamakan Cinta , tak ada habisnya orang-orang selalu
berfikir, berbicara, dan berkreasi denga cinta, sehingga di dunia ini
pun ada jutaan lebih...banyak sekali macam-macam menu dan kreasi
berbahan dasar cinta, di semua konteks kehidupan. Motivasi Cinta
berperan besar dalam perilaku tiap manusia. Orang-orang yang suka
berkreasi membuat puisi-puisi atau syair-syair cinta, ibarat orang-orang
yang suka berkreasi membuat berbagai menu masakan baru. Kata-kata bijak
tentang cinta bisa memberikan inspirasi dan motivasi yang membangun.
Kita
bercinta sejak lahir.Sudah terlalu banyak definisi tentang cinta.
Terutama filem-filem hindustan. Cinta telah diberikan mekap yang cukup
mengasyikkan.Cinta suatu perasaan yang sukar digambarkan melalui
kata-kata. Ia hanya dapat dinikmati secara mengalaminya sendiri. Cinta
tidak dapat dipelajari tetapi dialami. Uniknya cinta kerana ia jelmaan
kasih sayang yang teragung. Manusia membina sahsiah di muka bumi
bermodalkan kasih sayang dan cinta.
Cintalah segalanya
bagi orang yang sedang bercinta. Cinta menjadi jambatan penghubung
kepada dua hati yang asalnya terpisah dan saling tidak mengerti.
Cinta
adalah motivasi terbaik manusia. Manusia telah ditebarkan di muka bumi
dengan dibekalkan rasa cinta. Cinta telah menemukan kembali adam dan
hawa. Melalui cintalah manusia membina sahsiah dan menjadikan alam ini
tempat yang terbaik untuk didiami.
Jika cinta sudah tiada
di hati anda, tandanya salah satu dari nikmat Allah telah tercabut
daripada anda. sedang cinta salah satu nikmat teragung Allah terhadap
hambanya. Jika anda sudah tidak dapat menghargai cinta tandanya nilai
kemanusiaan anda sudah nula terhakis. Ketiadaan cinta di hati anda bakal
merubah seluruh kehidupan anda.
Orang yang tiada perasaan
cinta adalah orang yang telah kehilangan motivasi dalamannya. cinta
seharusnya melahirkan tindakan yang melambangkan kelembutan, kasih
sayang dan kebijaksanaan terutama dalam membuat keputusan berhubung
dengan insan-insan berlawanan. Cinta adalah kenderaan menuju
kebahagiaan.
Suburkanlah rasa cinta sebagaimana ia bermula
dan sentiasa. saat bermulanya cinta adalah rasa teragung yang dirasai
oleh setiap manusia. Inilah rasa yang tiada perkataan dapat
menceritakannya. Tatkala itu cinta benar-benar menjadi motivasi yang
terhebat. andainya lautan api direntangkan di tengah-tengah, masih
sanggup direnangi untuk menggambarkan betapa cinta begitu memotivasi dan
perlu bukti. Tiada lagi rasa teragung kecuali cinta.
Cinta
melambangkan kegembiraan, keseronokan, kepuasan, kenikmatan dan semua
rasa yang muluk-muluk dan sukar digambarkan dengan perkataan. Manusia
yang beruntung adalah manusia yang meniti di atas cinta, memperolehi
cinta untuk menyedari kedudukannya sebagai insan kerdil di bawah
kebesaran Allah.
Biar tinggi martabat cinta, ada cinta
yang seolah-olah telah hilang keramatnya. Adakalanya cinta yang suci dan
penuh makna itu menjadi barang terbuang, berciciran di mana-mana,
dilorong-lorong, di bawah rimbunan pepohon dan apatah lagi apabila malam
telah melabuhkan tirainya. Manusia-manusia durjana berebut-rebut
mengutip bunga cinta yang berkeliaran dan bersimpang siur itu. Harga
diri dipertaruhkan dan dicagarkan hingga akhirnya menjadi habuan nafsu
yang tidak mengenal iman dan kehormatan.
Entah di mana
silapnya cinta yang sepatutnya menjadi lambang kebahagiaan, kedamaian
dan keamanan manusia sejagat adakalanya menjadi pemusnah. Cinta hadir
daripada ketrampilan pemilik cinta itu sendiri. Seorang lelaki yang
benar-benar jatuh cinta dan mencintai seorang waanita akan menunjukkan
sikap, penampilan serta gerak laku yang sentiasa menyakinkan insan yang
dicintainya itu.
Cinta yang murni adalah pemangkin kepada
kehidupan yang penuh bahagia. Sebgaimana ia bermula, cinta seharusnya
berkekalan sedemikian rupa sehinggalah ke penghujungnya. Cinta tidak
harus dinodai oleh perlakuan-perlakuan kejam, tidak bermoral dan juga
yang mencarik kesucian cinta itu sendiri. Andainya cinta boleh
dikekalkan sebagaimana ia bermula, bahagia adalah jawapan untuknya.
Kejayaan
sesebuah perhubungan memang banyak bergantung kepada suci dan murninya
cinta yang dipermodalkan. selama mana cinta dapat dipertahankan pada
kedudukannya selama itulah bahagia akan menjadi penghias yang terindah.
Apabila cinta sudah tidak dihargai, kehidupan akan berpaling ke tahap
terendah. Jawapannya derita tanpa penyudah.
Tanpa perlu
mengeluarkan sebarang bayaran, cinta sudah ada dalam setiap insan. Cinta
sudah dibekalkan sebagai modal termahal untuk dirasai dan diberikan
kepada individu yang berhak. Meniti di atasnya bererti meniti di atas
bahagia.
Tiada lagi suatu rasa pun yang boleh
memotivasikan manusia kecuali rasa cinta dan bahagia. Dengan cinta
gunung kelihatan rendah untuk didaki. Dengan bahagialah lembah kelihatan
cetek untuk dituruni. Dengan cinta dan bahagialah matlamat kehidupan
insan menjadi sempurna. Tanpa kedua-duanya, semua kelihatan tercabut
dari hasrat, kehendak, sasaran, target dan cita-cita yang murni.
Cinta
ibarat cahaya, bukan pencetus masalah dan pembawa derita. Tidak perlu
berkorban kehormatan untuk cinta kerana cinta yang benar-benar suci dan
semulajadi menjadikan pemiliknya bertambah matang, dewasa, beriman malah
berperibadi mulia.
Cinta murni sentiasa mampu memandu
manusia melepasi semua halangan demi kecemerlangan. Cinta telah
membuatakan manusia bangkit membina kehidupan yang terbaik. Alangkah
bodohnya orang yang menjadikan cinta jambatan untuk membina kesusahan.
Jika
cinta dijelmakan dalam diri ia begitu memotivasi. Jika diberikan kepada
seseorang ia ibarat menghadiahkan sebukit emas untuknya. Jika
dijelmakan dalam rumah tangga, jawapannya adalah kerukunan dan
persefahaman yang berpanjangan.
Begitulah seharusnya cinta………..
Tidak ada komentar:
Posting Komentar